Luahan : jimi.
Salam doktor,saye baru melangsungkan pertunangan bulan 12 tahun lepas, masuk tahun baru ni baru 1 bulan kami bertunang,masalah saya ialah tunang saye bekerja kilang yang shifnya ada siang dan malam,baru2 ni saya ada menjemput tunang saya dari tempat kerja ,masa tu dia shif malam dan habis kerja pada pukul 2 pagi,selepas 3 hari saya ingin menjemputnya lagi, tapi dia tidak mahu dengan memberi alasan risau tentang mulut orang2 di tempat kerja dia, dalam sms pulak dia cakap dia suruh saya berjimat kerana kos minyak kereta, doktor saye beritahu dia yang soal kos saye x kisah janji saya sanggup buat apa sahaja untuk dia, tapi dia cakap pada saya yang saya pentingkan diri sendiri,kami jadi bertengkar kerana perkara tersebut.
Sampai hari ini hati saya masih menaruh syak yang dia ada hubungan dengan driver van kilang tersebut sebab dulu dia pernah cerita pada saya yang dia pernah duduk di hadapan dan menolong driver tersebut mengelap tingkap van di hadapan,masalahnya doktor dalam van tu ada 9 orang tapi kenapa dia sorang yang volunteer menolong driver van kilang tu?knp orang lain semua tidur dan berehat di dalam van tu.lagi 1 doktor dia tahu semua tentang driver van tu, termasuk perihal driver van tu sekali,saya mula menaruh syak terhadap dia doktor,bagaimana doktor?apa harus saya buat?bila saya marah dia ,dia akan marah saya balik dan berkata saya tuduh dia yang bukan2,saya pernah terfikir untuk memutuskan pertunangan ini doktor, tolong lah saya doktor,apa harus saya buat?
Pandangan Penawar Duka.
Inilah asam garam kehidupan tunangan oarang. Penuh dgn perasaan tidak senang dan juga syak wasangka setiap masa. Di dalam Islam jugalah diterangkan supaya perhebahkan mengenai pernikahan dan bukannya pertunangan bagi mengelakkan masalah lain yang bakal timbul sekali. Ternyata menjadi tunangan orang ada risikonya. Bertunang hanyalah sebagai satu tanda atau cop bahawa perempuan itu bakal dimiliki dan sudah mempunyai calon. Namun begitu, istilah bertunang ini langsung tidak membawa maksud dan pengisian sebenar seperti pernikahan.
Masalahnya di sini kami lihat bukanlah pada pertengkaran kecil yang dialami saudara kerana bagi kami pergaduhan dan pertengkaran adalah elemen untuk mengkukuhkan lagi satu perhubungan jikalau di atasi dan diperhalusi dengan cara yang betul. Masalah sebenar yang kami lihat disini ialah perasaan syak wasangka. Saudara membuat kesimpulan saudara sendiri melalui percakapan, tingkah laku dan emosi tanpa sebarang bukti kukuh. Saudara langsung tiada bukti yang boleh membuktikan kecurangan pasanagan saudara jadi tidaklah perlu ditarik sepanjang yang mungkin masalah ini.
Bagi kami cara yang paling sesuai ialah pernikahan. Memandangkan saudara sendiri sudah bertunang jadi eloklah juga dipercepatkan pernikahan itu. Dengan pernikahan bolehlah saudara tanpa segan silu melayan isteri saudari pergi dan balik kerja kelak. Saudara juga boleh lebih mengawal isteri saudara dari segi kepentingan hubungan dan keselamatannya.
Mungkin perkataan nikah itu agak berat dari segi ekonomi dan juga keadaan semasa jadi perkara terbaik ialah memilih nikah khitbah. Nikah khitbah adalah pernikahan yang mengesahkan hubungan suami dan isteri cuma tanpa perlu adanya majlis yang besar-besaran. Persandingan yang grand serta walimaturus boleh ditunda pada masa akan datang memandangkan Islam menuntut perkara sebegini dengan kemudahan nikah khitbah ini. Dalam erti kata lain, nikah khitbah ialah pernikahan dan pengesahan suami isteri tanpa perlu kos yang tinggi bagi perkara lain.
InsyaAllah dengan halalnya hubungan suami isteri saudara, kami rasakan masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah sekali. Teruskan berdoa agar semuanya berjalan lancar. Jangan segan silu bertanyakan ustaz dan yang lebih pakar di dalam hal nikah khitbah ini agar segala urusan dipermudahkan.
Semoga dipermudahkan hendaknya InsyaAllah. Amin.
