Teman Wanitaku Isteri Orang Yang Menanti Cerai.

Perkongsian : mR.skY.

Salam…kat sini saya ade satu nak tanye. sy ade seorang teman wanita … saya memang sayangkan die and die pon same… setelah hampir setahun perhubungan kami .. saya semakin serius.. tapi malangnya … si dia sudah pun mempunyai suami dan anak…hal ni membuat kn saya kecewa yang teramat…. tapi dia cakap kat saya yang die mahu bercerai atas sebab2 tertentu ,… bukan sebab saya.. tapi rumah tanggga die memang mengalami masalah..dan dia pulak harap sangat2 saya tunggu die..ape patot saya terus menunggu walau pun hati saya tersiksa sangat?? mmg saya xnafikan sy memang terlalu sayangkan die…. tp… adakah peluang n wajar ke saya terus menunggu??? sekarang da hampir 6 bulan saya menunggu….ape yang patut saya buat…tolonglahhh :(

Pandangan Penawar Duka.

Salam.

Walau pahit hakikat yang ingin kami sampaikan, pahit lagi hati dan perasaan mereka yang terlibat. Sejujurnya kami katakan disini ialah saudara mungkin menjadi perampas juga perosak hubungan orang lain. Adanya saudara di dalam kemelut ini sedikit sebanyak boleh menjadikan hubungan kekeluargaan lain retak malah hancur sama sekali. Tidakkah saudara tahu dengan hadirnya saudara di dalam hubungan itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan si dia.

Tidakkah saudara sedar akan hubungan terkutuk yang sedang saudara jalinkan sekarang. Walau si perempuan menyatakan kasih dan sayang tidak langsung mengubah hakikat bahawa saudara sedang bermain cinta dengan isteri orang malah ibu kepada seorang anak. Hubungan sebegini rupalah yang kami kutuk dan mintak dijauhi. Janganlah jadi perampas apatah lagi menjadi perosak hubungan rumah tangga orang lain.

Jikalau benar si dia ingin melalu penceraian, biarlah si dia membuat semua keputusan tanpa ada penglibatan saudara malah sedikit pun. Biarlah dia sendiri yang membuat keputusan dan menyelesaikan segala kemelutnya sendiri. Jikalau benarlah cinta itu wujud antara kamu berdua tunggulah sehingga sah penceraiaannya dan direkodkan hitam putih agar tidak timbul masalah lain melibatkan suaminya.

Kesimpulannya tunggu atau tidak biarlah perempuan itu sendiri yang membuat keputusan. Biarlah si dia sendiri membuat keputusan sama ada bercerai mahupun meneruskan hubungan yang sedia ada. Pokoknya saudara tidak seharusnya berada sikit pun menghampiri hubungan orang lain. Ingat, kebahagiaan orang lain bukanlah kita untuk tentukan sama ada berjaya atau tidak apatah lagi menjadi perosak.

Janganlah menjadi punca runtuhnya sebuah masjid. Ingatlah.

Baca Lagi

1 Comment »

  1. avatar suami Says:

    Bagi saya harus hentikan berkasih dgn isteri org sebelum dilaknak oleh Allah.. Allah amat membenci org begini.. sebab tu hukumnya rejam sampai mati.. Takutlah dgn Allah jgn hanya nak ikutkan nafsu syaitan sahaja.. sesal dahulu sebelum terlambat.. Allah maha berkuasa..

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment