Daripada : Arina.
salam, sy ingin meluahkan perasaan saya disini…begini saya bekapel dengan lelaki ni melalui Fb. ttp saya mmg kenal ni lelaki sebab dia satu u dengan saya. kami rapat melalui Fb. saya taw dulu waktu d U dia ada GF , same ngan saya, saya pun ada. Now masing2 dah brek..mula2 saya nak kwan ja ngan dia..tapi saya ada rasa suka ngan dia…rupanya dia pun suka ngan saya.then kami kapel. hari2 cakap i love u. miss u n sbgainya…tp kami belum penah jumpa..
after 4 months baru kami jumpa…then after jumpa dia macam sambil lewa…then saya tanya u cinta kat saya ke..dia cakap dia ada rasa sayang sahaja..cinta belum ada..dat y dia maw cepat2 jumpa saya…saya rasa macam putus cinta owh..x taw nak wat apa…tp dia cakap… dia maw jadikan saya orang yg dia sayang…then kami masih lagi mcam dulu cuma kami kawan shj..sbb dia x maw sy kecewa…kalo kami masih kapel…. apa sy nak buat? n bole tlg jelaskan kenapa x bole hadir perasaan cinta sedangkan dia suka saya….ntahla….
Pandangan Penawar Duka.
Salam. Perkenalan dan luahan hati melalui facebook atau rungan sosial yang lain ternyata amat mudah dan boleh dilakukan sesuka hati. Persaan boleh menipu dengan kata-kata serta ayat-ayat yang manis. Tindakan si dia untuk terus berjumpa bagi menzahirkan rasa cinta di hatinya itu ada betulnya. Cuma malangnya apabila berjumpa apa yang ada dihatinya bukannya cinta tetapi hanya sayang.
Cinta tidak boleh dipaksa, kerana sesungguhnya cinta mengambil masa.
Didalam masalah saudari ini hanya terpadat 2 kemungkinan. Sama ada si dia memang belum hadir perasaan sayang di hati ataupun terdapat perkara yang membuatkan dirinya berubah fikiran untuk tidak bersama saudari lantas memberi alasan sebegini rupa untuk melepaskan diri. Jelas sekali kami tidak berupaya mentafsirkan apa yang bermain di minda si dia melainkan saudari sendiri yang melakukan kaji selidik tentang perkara ini sebenar-benarnya.
Cuba bertanya perkara sebenar dan koreklah sedalam mungkin perasaan dan kisahnya agar saudari betul-betul tahu apa yang si dia fikirkan sebenarnya. Bertanya, siasat, dan juga ujilah dirinya dari pelbagai segi. Dari sini saudari sendiri boleh tahu sama ada si dia sedang cuba mencari perasaan sayang di antara kamu berdua ataupun si dia sudah tidak berminat dan hanya memberi alasan untuk melepaskan diri.
Segalanya terletak di tangan saudari. Kami hanya memberi jalan, terpulang kepada saudari untuk menyelusurinya.
Semoga berjaya. Salam.
