Masih Menaruh Harapan Pada Bekas Kekasih Yang Bakal Berkahwin.

From : lin.

Salam.

Saya dah putus dgn bf sy hampir sthn.kami satu ofis tp die keje di luar ofis. walaupn dh putus tp kami masih kawan sbb susah nk elak dari berjumpa sbb satu tempat keje. jujur saya katakan sy masih sygkan die. die minta putus sebab die x dpt cintakan sy.die bakal berkhwin x lama lg. sy x kuat nak berdepan dgn die selepas ni sbb sy msh simpan perasaan pd die. sy dah buat keputusan untuk berhenti keje sbb sy x boleh lupekan die.dengan menjauhkan diri mungkin sy blh lupekan die.ape sy perlu buat untuk lupekan die sb die akan berkahwin x lama lg

Pandangan Penawar Duka.

Salam.

Sesungguhnya hakikat sebuah hubungan dimana adanya pertemuan dan perpisahan adalah lumrah. Seseorang manusia itu tidak akan lari dari hakikat untuk menemui perpisahan. Disini saudari menghadapi perpisahan yang perit tetapi sejujurnya jauh di lubuk hati saudari, perasaan untuk kembali bertaut semula kasih sayang itu masih ada. Kasih sayang mungkin berlarutan setelah perpisahan jadi tidak hairanlah jikalau saudari masih menyayangi dirinya. Namun begitu bagi kami tindakan saudari sehingga berhenti kerja itu adalah terlampau drastik dan terburur-buru.

Masalahnya di sini, ialah saudari masih belum boleh melupakan dirinya. Cara terbaik dan paling cepat untuk menghindari masalah ini ialah mencari pengganti. Memang boleh menggunakan konsep sibukkan diri serta cuba fokus terhadap perkara lain tetapi untuk penyelesaian yang paling berkesan ialah mencari pengganti. Sedangkan si dia boleh mencari pengganti sehingga ke jinjang pelamin, tidak mustahil saudari juga boleh melakukan perkara yang sama. Lupakan si dia dengan saudari juga memberi peluang kepada jejaka lain di luar sana untuk menyunting saudari. Libatkan diri dlm hubungan yang sihat dengan harapan adanya pengganti yang InsyaAllah lebih baik di mata saudari.

Bukakan hati untuk menerima lelaki lain sebagai pengganti dan beri peluang kepada orang lain mencuri hati saudari. Dalam erti kata lain, move on with life. Apa yang lepas biarkanlah lepas.  Pasti ada hikmahnya perpisahan dan pertemuan itu.

Banyakkan doa dan berharap agar dipertemukan jodoh saudari secepatnya. InsyaAllah. Kami disini juga mendoakan.

Amin.

Baca Lagi

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment